Nizam Bachok

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangkaNizam Bachok ialah seorang pelukis komik Malaysia yang berasal dari Johor. Beliau mula-mulanya bekarya di dalam majalah Fantasi, kemudian Apo? dan seterusnya beralih kepada Gempak. Antara karya beliau yang dikenali ialah Paranormal Joe dan Go Notty!. [1]Namun, kedua-dua karya beliau ini mempunyai gaya lukisan yang ketara berbeza.Selepas bergelar graduan dari Uitm Shah Alam pada tahun 1993,Nizam Bachok bekerja sebagai pembantu Jurufoto di Barney Studio yang terletak di TDDI.Disebabkan minatnya yang mendalam dalam bidang Ilustrasi,beliau kemudiannya berkunjung ke Creative Enterprise lalu menunjukkan beberapa lukisan yang pernah dihasilkannya sewaktu sebelum menyambung pengajiannya diUitm.Selesai ditemuduga oleh Azman Yusof,Nizam Bachok diterima bekerja sebagai artis ilustrasi untuk majalah Fantasi sebagai pelukis muka depan majalah dan ilustrasi artikel.Beliau juga bertanggung jawab menghasilkan ilustrasi-ilustrasi kulit luar novel-novel CESB dan kulit luar komik-komik sejarah yang dikelolakan oleh Jaafar Taib.Di sini beliau banyak memperolehi teknik-teknik berkarya menggunakan Acrylic daripada Azman Yusof.Hasil lukisan beliau kebanyakannya diperbuat atas Canvas dan illustration board yang disapu Gesso.Selepas penerbitan majalah Fantasi dihentikan, Nizam Bachok bekerja dalam bidang animasi di Taman Maluri,Cheras bersama-sama Tan Eng Huat ( KUTU ),Kenny Chua,Leong Wan Kok ( PUYUH ) dan kartunis Hakim dari majalah HUMOR,bagi tempoh setahun sebelum kembali sebagai artis ilustrasi bersama majalah Lanun. Majalah ini juga terpaksa ditutup selepas beberapa keluaran.Nizam Bachok kemudian berkhidmat dengan MOY Publications, kali ini bukan saja sebagai artis ilustrasi tetapi artis komik untuk majalah APO? dan majalah Blues Selamanya.Karya beliau dalam majalah Blues Selamanya ialah 'The Singles' yang bertemakan kisah cinta dan drama.Sekali lagi, penutupan majalah itu membuatkan beliau menyertai Gempak Starz Sdn Bhd pada 2004 untuk berkhidmat dalam industri komik. Nizam Bachok masih bekerja untuk syarikat ini hingga hari ini. Antara siri komik karyanya yang diterbitkan Gempak Starz adalah Go Notty,When Sherly Met Donkey,Warisan Puaka,Seringai Malam,Tamu Senja, SAKA, PEDAMPING dan HANTU ENGSOT.

Nizam Bachok

Nama samaran Nizam Bachok
Anugerah Pemenang Anugerah PeKOMIK Siri Mini Komik Terbaik 2009 & Ilustrator Manual/Digital Terbaik 2011
Kewarganegaraan Malaysia
Karya terkenal FANTASI (Cover & Ilustrasi),Paranormal Joe (APO?),Warisan Puaka,Seringai Malam,Tamu Senja,SAKA,PEDAMPING & HANTU ENGSOT.
Kelahiran Nizam bin Bachok
28 Jun 1971
Johor Bahru,Johor.